Isnin, 15 Februari 2010
dmana baik tane maraki api menyalai
Aihm menunjukan bagaimana membuat parunan untuk menyalai.....dsmping cihm menunggu2 arahan pipit membibil..eyes.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
IMAN NIKMAT RAHMAT & NIKMAT RAHMAT IMAN @ ARBISYAM CONSTRUCTION/ SYARIKAT ARBISYAM/ ARBISYAM CATERING AND SERVICES
"Air yg tidak mengalir (statik) akan merosakkan air tersebut. Pemuda yg banyak masa kosong (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa kosong itu."
Sekadar renungan..TK Fw: Nada dering azan & quran (Muslim)
Nada dering azan & quran Ulama Saudi larang nada dering azan, ayat al-Quran
RIYADH: Ulama Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran
dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia dianggap menjejaskan
kesucian Islam. Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata, perbuatan itu bersifat makruh
apalagi jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada
premis hiburan seperti disko. "Ayat suci al-Quran amat tinggi nilainya dan tidak
tepat direndahkan tahapnya sebagai nada dering telefon bimbit. Paling rendah hukumnya
adalah makruh," katanya kepada akhbar Arab Al-Sharqul Awsat, kelmarin. Beliau yang juga
pensyarah Akademi Ilmiah Universiti Islam Raja Mohamed Saud, membuat ulasan itu berikutan
semakin ramai umat Islam menjadikan laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran menggantikan
irama muzik moden sebagai nada dering. Sheikh Saleh berkata, larangan menggunakan ayat
suci al-Quran dan azan dibuat atas ilat atau alasan ia sememangnya tidak boleh digunakan
berdasarkan banyak sebab, termasuk tempat. "Ia seperti deringan ketika pemilik berada di
tempat kotor seperti tandas atau tempat tidak sesuai seperti disko atau majlis apabila
ketika itu orang ramai sedang ketawa," tegasnya. Seorang lagi ulama, Suad Afif mahu satu
garis panduan diwujudkan khusus mengenai penggunaan ayat suci al-Quran dan azan.
"Kita tidak mahu di tengah kegilaan ramai mendapatkan nada dering diminati, aspek kemurnian
agama Islam itu pula tercemar. Kita juga tidak mahu keindahan dan kemurnian ayat suci
dan azan itu diperlekeh baik secara sengaja atau tidak," katanya. Sementara itu, Mufti
Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata nada dering ayat suci al-Quran dan laungan
azan, dari satu aspek mengingatkan umat Islam mengenai ibadat, seperti kewajipan
menunaikan solat. "Memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada
dering itu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak nampak tulisan ayat
al-Quran, ia tidak baik untuk didengar dalam tandas. "Ayat suci al-Quran tidak boleh
dibawa ke tempat kotor dan najis. Walaupun nada dering, ia kalau didengar di tempat
seperti itu merendahkan kesucian al-Quran," katanya. Beliau menasihatkan umat Islam
supaya berhati-hati dalam memilih nada dering telefon bimbit bagi mengelakkan melakukan
dosa.
1 ulasan:
--layak, memang layak. nada masaalah.
Catat Ulasan