Selasa, 11 Ogos 2009


Usaha untuk mendapatkan redha Allah itu ialah beramalsoleh. Manakala, amalan yang diterima Allah itu ada 2 syarat: 1. Niatnya kerana Allah semata-mata. 2. Mestilah amalan itu adalah amalan yang benar dan sah dari hukum syariahnya. Justeru, saudara-saudari yang saya hormati; Pesanan buat kita semua ialah, persiapkanlah diri kita sebelum memasuki bulan ujian (Ramadhan) nanti. Jangan ketika bulan itulah baru kita terhegeh-hegeh; nak belajar itu ini. Doa nabi sebelum memasuki bulan Ramadhan; "Allahumma Ballighni Ramadhan"- "Ya Allah sampaikanlah (panjangkan umur)aku (sehingga sampai) kepada bulan Ramadhan" Moga anda yang beragama Islam dapat merasai dan all out dalam bulan Ramadhan yang semakin hampir ini. Bagi yang bukan beragama Islam, Saya yakin, anda pasti merasai tempias-tempias bulan Ramadhan. Antaranya:-kepelbagaian makanan di Bazar Ramadhan-potongan harga yang lebih hebat daripada Wahoo n Giant-kawan Islam anda akan jadi lebih baik dengan anda-dan 1001 lagi kebaikan pada bulan Ramadhan nanti, apa yang penting adalah kemaafan dan keampunan dari dosa dosa kita dan d terima amalan posa kita yg penuh berkat dan lebih baik dari seribu bulan d dalamnya. Wasalam.

Tiada ulasan:

Powered by Olark